BAHAGIAN AGAMA
Sebagai sebuah institusi agama islam yang tunggal di Kelantan Darul Naim, Majlis Agama Islam Kelantan memberi peranan kepada Bahagian Agama untuk berfungsi dan bertanggungjawab sebagaimana berikut:
- Urusan Fatwa ( Seksyen. 36 Enakmen 4/94)
- Urusan Penjawatan dan Perkhidmatan Pegawai Masjid Mukim( Seksyen 87 - 89, Enakmen 4/94)
- Urusan Pengujudan Mukim Masjid ( Seksyen 84, Enakmen 4/94)
- Urusan Pengawalan dan Pengunaan Masjid-Masjid Jumaat( Seksyen 80, Enakmen 4/94)
- Urusan Yang Berkaitan Dengan Kebenaran dan Kawalan ke atas Sembahyang Jumaat (Seksyen 82 dan 88, Enakmen 4/94)
- Urusan Pengeluaran Tauliah Pengajaran dan Penerangan Agama( Seksyen 91, Enakmen 4/95)
- Urusan Pendaftaran, Perundingan dan Kebajikan Orang Yang Baru Memeluk Islam (Seksyen 98 - 102, Enakmen 4/94)
- Dakwah ke Dalam dan Ke Luar ( Seksyen 6(4) Enakmen 4/94)
- Urusan Penerbitan Bahan Bacaan Bercorak Agama (Majalah, Buku, Risalah dll.) (Seksyen 6(4) Enakmen 4/94)
- Urusan Penerbitan Khutbah Jumaat
- Urusan Perlantikan Jawatankuasa Kemajuan Agama Mukim
Objektif bahagian agama adalah seperti berikut :
- Mewujudkan satu pentadbiran yang cekap dan berkesan berdasarkan semangat kerjasama yang erat di kalangan pegawai dan kakitangan
- Merancang program-program tarbiah bagi maksud memantapkan kefahaman dan menghayati ilmu dan sistem yang dinamik kearah melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran islam
- Melaksanakan tanggungjawab pembangunan agama bagi meriealisasikan dasar MAIK
- berusaha memperluaskan penyebaran Islam untuk dianuti oleh kaum di negeri ini