|
|
Mengikut kajian, KDYMM Sultan Muhammad ke IV mengampuni perkenan dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang Ulama' dan Intelijesia Melayu. Mereka ialah:
1. Haji Nik Mohamod bin Haji Wan Ismail
2. Haji Muhammad bin Khatib Hj Muhamad Said
3. Hj Awang Muhammad Yusoff Bin Ahmad (Tok Kenali )
Pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334 Hijriah, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dimasyurkan penubuhannya oleh KDYMM Sultan Muhammad ke IV dalam satu istiadat gilang gemilang di Bangunan Pejabat Tanah Kota Bharu (bangunan lama) di hadapan pembesar-pembesar negeri, orang-orang kenamaan serta disaksikan oleh sebahagian rakyat
negeri Kelantan.

